Sunday 8 July 2018

Perkara wajib bagi peniaga makanan dan minuman | Suntikan Tifoid

panduan niaga bisnes air balang, air balang, bisnes air balang, resepi air balang,
Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut.

Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa.

Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.

Suntikan Pengendali Makanan 
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

AKTA MAKANAN 1983 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan 31.
(1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
    (a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;
    (b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
    (c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.
 (3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan 
Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pengendali makanan untuk mendapatkan vaksin imunisasi ani-typhoid bagi mengawal penularan penyakit demam kepialu. suntikan typhoid boleh didapat di Klinik kerajaan mahupun agensi-agensi kerajaan yang bekerjasama seperti PBT.

Suntikan Typhoid di Klinik Swasta
Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan yang kurang dan keengganan mereka menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat. Kadar harga suntikan vaksin ini boleh didapati di klinik swasta pada kadar harga RM 50.00 – RM85.00

sumber

No comments:

Post a Comment