Sunday 8 July 2018

Berita: 36 Balang minuman jadi tarikan

Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Gambar hiasan
ALOR GAJAH 23 Ogos - Setiap kali tibanya Ramadan, pelbagai hidangan masakan dan kuih-muih tradisional sering menjadi tumpuan orang ramai bagi dijadikan pelengkap hidangan berbuka puasa. 

Namun, bagi seorang pemuda yang baru berusia 22 tahun, Mohd. Khairi Atan, ketibaan Ramadan sentiasa dinantikan kerana pada waktu tersebut dia berpeluang menyediakan jualan pelbagai air minuman kepada pengunjung di Pasar Ramadan Alor Gajah di sini.

Sejak 13 tahun lalu, anak muda dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, di sini, berniaga air minuman dengan menawarkan 36 jenis air antaranya jenis air katira, ais batu campur berperisa durian dan cendol pelbagai perisa.

Katanya, dia menuntut ilmu cara menyediakan air minuman tersebut semasa bekerja sebagai pembantu kedai minuman di Johor, Dumai dan Singapura semata-mata mahu menguasai perniagaan tersebut.

Menurut Mohd. Khairi, dia menjual sebungkus air minuman pada harga RM2 dan bekas air pada harga RM1 dengan dibantu kira-kira 15 pekerjanya dan setiap dua orang daripada mereka mengendalikan sebuah balang air untuk dijual kepada orang ramai. - Utusan

No comments:

Post a Comment