Di Malaysia, adalah wajib bagi setiap pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 yang apabila gagal mematuhi peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.
Kursus Pengendalian Makanan
Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.
Siapakah mereka yang tergolong di dalam kategori pengendali makanan?
Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut:’ pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang:
(a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
(b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
(c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,
Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut.
Berapakah bayaran yang dikenakan untuk Kursus Pengendalian Makanan?
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bayaran sebanyak RM 50.00 seorang untuk mengikuti kursus tersebut samada di syarikat swasta mahupun di PBT.
Kandungan Kursus
Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 Jam.
Kursus tersebut akan dibentangkan oleh seorang pelatih pengendali makanan yang telah mengikuti Program latihan pengendali makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
Pengenalan
Kebersihan Makanan
Keselamatan Makanan
Faktor - Faktor Kritikal Keracunan Makanan
Peserta akan didedahkan dengan lebih jelas oleh penceramah yang bertauliah berdasarkan 4 seksyen yang dijelaskan di atas.
Setelah Tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang menganjurkan kursus tersebut.
Penguatkuasaan, Pemantauan dan Kompaun
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pihak Berkuasa tempatan akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kesemua premis-premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan agar peraturan-peraturan kebersihan makanan sentiasa dipatuhi.
Pegawai penguatkuasa mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan-peraturan tersebut.
Bagi individu yang didapati tidak mempunyai sijil kursus pengendali makanan, kompaun tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun akan dikenakan.
Hukuman yang sama juga akan diberikan kepada individu yang didapati tidak mengambil pelalian typhoid atau tidak dapat mempamerkan bukti pengambilan pelalian seperti Kad Suntikan atau surat pengesahan oleh doktor yang bertauliah.
sumber

No comments:
Post a Comment