Monday 9 July 2018

Modal Niaga Bisnes Air Balang, Panduan Bisnes Air Balang, Niaga Air Balang,
Gambar sebagai hiasan
"20 Resepi Air Yang Paling Laris" di pasar ramadhan. Bukan sahaja sekadar resepi, malah, cara-cara membuatnya secara bergambar juga akan ditunjukkan.

20 Resepi Air tersebut adalah:-

 Jus Mangga
 Jus Tembikai Susu
 Jus Tembikai
 Jus Carrot Susu
 Jus Asam Boi & Limau Kasturi
 Jus Mata Kucing
 Jus Air Jagung
 Jus Nenas Madu
 Jus Buah Naga (Dragon Fruit)
 Air MILO
 Air Laici Susu
 Air Blue Hawaian Lemonade
 Air Teh Bunga
 Air Kelapa Muda
 Air Bandung Cincau
 Air Barli
 Air Cincau
 Jus Ciku
 Jus Epal Asam Boi
 Jus Kiwi
 Air Soya
 Jus Durian Belanda
 Coconut Shake
 Jus Kedondong Asam Boi
 Air Lemon Soda
 Teh Ais Viral


RAHSIA SULIT JUS YANG LARIS

Ada 7 tips sulit yang akan dikongsikan di dalam bab ini! Mengapa perlu meletakkan sesetengah bahan ke dalam resepi yang diberikan dalam sebelum ini.

Dalam bab ini juga akan dikongsikan tips dimana anda boleh membeli buah-buahan dengan harga yang lebih murah!

Bagaimana pula untuk memilih buah-buahan yang segar dan manis? Juga dikongsikan di dalam bab ini!

Klik gambar di bawah untuk panduan lengkap bagaimana memulakan perniagaan Bisnes Air Balang!

Resepi Air, Resepi Air Balang, Bisnes Air Balang, Panduan Bisnes Air Balang, Kaya Dengan Niaga Air Balang,

Modal Niaga Bisnes Air Balang, Panduan Bisnes Air Balang, Niaga Air Balang, Tapak Niaga Air Balang,
Gambar sebagai hiasan
Percaya atau tidak, bukan semua lokasi bazar akan mendapat sambutan!

Ada sesetengah lokasi bazar, diwujudkan oleh pihak penganjur semata-mata untuk mengaut keuntungan dengan menjual tapak kepada peniaga.

Namun begitu, bilangan pengunjung yang hadir, hanya sayup-sayup sahaja.

Jadi, jangan menjadi mangsa!

Kenali tapak-tapak yang "hot" yang ramai pengunjung untuk anda berniaga!

Ada beberapa ciri yang akan menjadikan sesebuah tapak bazar itu HOT atau tidak!

Pembongkaran demi pembongkaran ciri-ciri tersebut ada di dalam bab ini!

Mahu tahu lebih lanjut?

Klik gambar di bawah untuk panduan lengkap bagaimana memulakan perniagaan Bisnes Air Balang!
Resepi Air, Resepi Air Balang, Bisnes Air Balang, Panduan Bisnes Air Balang, Kaya Dengan Niaga Air Balang,

Macam Best Je Bisnes Jual Air Ni!
Senang Ke Nak Buat?

Baiklah! Sebelum anda bergegas membeli kanopi dan balang air untuk menjalankan bisnes air ini. Biar saya berterus terang dengan anda!

Walaupun bisnes ini sungguh menguntungkan, namun ianya tetap ada beberapa rintangan dan cabaran!

Anda mungkin berfikir... "Kalau dengan hanya menjual 3 balang air sahaja dah boleh dapat RM 7,000... Maka, kalau saya jual 15 balang air, saya mungkin boleh dapat RM 35,000!"

Modal Niaga Bisnes Air Balang, Panduan Bisnes Air Balang, Niaga Air Balang,
Sememangnya.. tidak salah untuk kita berimpian besar! Namun, kita perlulah realistik dan sedar akan kemampuan diri terlebih dahulu.

Pertama sekali, dari segi MODAL!

Untuk menjual berbelas-belas balang air, maka anda perlulah membeli berbelas-belas balang air. Harga satu balang air adalah sekitar RM150, jika mahu beli 15 balang sekaligus, modal yang diperlukan untuk membeli balang sahaja sudah RM 2,250. Belum campur lagi barang-barang lain seperti meja & kanopi (pastinya, anda memerlukan meja dan kanopi yang lebih panjang). Sekurang-kurangnya, modal antara RM 3-4 ribu diperlukan.

Baiklah! Mungkin anda ada wang simpanan & modal yang besar! Anda ada banyak duit! Bahkan, anda juga mungkin seorang yang tampan! Setakat modal RM 3-4 ribu.. memang celah gigi je!

Tapi! Cuba anda fikir... Bagaimana pula anda mahu bawa bekas balang-balang air tu ke tapak jualan? Muat ke semua balang tu dalam kereta "evo" anda? Rajin ke anda mahu berulang-alik dari rumah ke tapak niaga semata-mata mahu mengangkat barang-barang sahaja? Setiap hari pula tu? Lainlah kalau anda mahu melabur duit membeli van atau lori pula.

Kemudian, selepas anda membuat berbelas-belas balang air itu.. Comfirm ke semua air dalam balang tu boleh habis terjual setiap hari?

Tahukah anda! Kebanyakkan peniaga-peniaga yang berjaya menjual "sold-out" berbelas-belas balang air, mereka itu adalah peniaga-peniaga lama. Peniaga "Otai" orang kata..... Mereka sudah ada ramai pelanggan setia. Sebab itulah mereka boleh menjual berbelas-belas balang air dengan confident!

Berbanding anda yang baru mahu mula menjual air! Ianya mungkin sedikit sukar. Peniaga-peniaga lama itu pun, sewaktu mereka mula-mula berniaga air dulu pun.. mereka hanya bermula dengan beberapa balang sahaja!

Mahu tahu lebih lanjut?

Klik gambar di bawah untuk panduan lengkap bagaimana memulakan perniagaan Bisnes Air Balang!
Resepi Air, Resepi Air Balang, Bisnes Air Balang, Panduan Bisnes Air Balang, Kaya Dengan Niaga Air Balang,

Sunday 8 July 2018

panduan niaga bisnes air balang, air balang, bisnes air balang, resepi air balang,
Perniagaan meliputi tiap-tiap bentuk tred, perdagangan, pekerjaan, profesion, atau aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bagi maksud-maksud mendapat keuntungan, tetapi tidak meliputi apa-apa jawatan atau penggajian atau apa-apa pengusahaan amal atau apa-apa kerja yang dinyatakan dalam jadual di bawah peruntukan Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 dan Kaedah-kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.

Dua (2) bentuk perniagaan:-
Perniagaan Tunggal - Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh seorang (1) pemilik Perniagaan   
Perkongsian - Perniagaan dimilki oleh sekurang-kurangnya dua (2) orang dan tidak melebihi dua puluh (20) rakan kongsi

Bagaimana untuk mendaftarkan perniagaan tunggal & perkongsian?
1. Pemilik perniagaan atau orang yang bertanggungjawab hendaklah mendaftarkan perniagaan (pemilik tunggal/perkongsian) tidak lewat 30 hari dari tarikh permulaan perniagaan.
2. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana kaunter SSM atau secara dalam talian melalui perkhidmatan Ezbiz Online di sini.
3. Lengkapkan Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) . Rujuk Panduan Pendaftaran Perniagaan
Perniagaan boleh didaftarkan menggunakan nama sendiri atau nama tred
    (i) Nama sendiri - Perniagaan yang menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan tidak perlu membuat permohonan kelulusan nama
    (ii) Nama Tred - Lengkapkan Borang Permohonan Kelulusan Nama Perniagaan (Borang PNA.42). Rujuk Panduan Permohonan Nama Perniagaan.
4. Kelulusan nama perniagaan tertakluk kepada Kaedah 15, Kaedah Pendaftaran Perniagaan 1957.
5. Pendaftaran baru perniagaan boleh boleh dibuat bagi jangkamasa satu (1) tahun dan tidak melebihi lima (5) tahun pada setiap pendaftaran.

Siapa yang boleh menghantar permohonan?
Pemilik Perniagaan/Semua rakan kongsi

Berapa yuran yang dikenakan?
Nama tred - RM60 setahun
Nama sendiri - RM30 setahun
Cawangan - RM5 setahun bagi setiap cawangan
Maklumat Perniagaan - RM10

Bila Sijil Pendaftaran Perniagaan diperolehi?
1 jam dari masa bayaran

Kesahihan perakuan pendaftaran perniagaan
Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 Kesahihan Perakuan Pendaftaran Perniagaan yang Dikeluarkan Menggunakan Kertas A4

sumber: SSM
panduan niaga bisnes air balang, air balang, bisnes air balang, resepi air balang,
Di Malaysia, adalah wajib bagi setiap pengendali makanan untuk menghadiri kursus pengendalian makanan dan mendapatkan suntikan typhoid selaras dengan AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA PENCEGAHAN DAN PENGAWALAN PENYAKIT BERJANGKIT 1988 yang apabila gagal mematuhi peraturan tersebut dan disabitkan kesalahan individu tersebut boleh dikenakan denda tidak melebihi RM 10,000 atau penjara tidak melebihi 2 tahun.

Kursus Pengendalian Makanan 
Kursus ini wajib dihadiri oleh semua pengendali makanan di Malaysia.

Siapakah mereka yang tergolong di dalam kategori pengendali makanan?
Definisi pengendalian mengikut Akta Makanan 1983 adalah seperti berikut:’ pengendali makanan” termasuklah mana-mana orang yang:
    (a) terlibat secara langsung dalam penyediaan makanan;
    (b) menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan; dan
    (c) mengendalikan makanan yang dibungkus atau tidak dibungkus, atau perkakas,

Ini bermaksud semua orang yang terlibat dalam industri makanan seperti chef, tukang masak, tukang hidang makanan, pemandu lori yang membawa makanan, operator pengeluaran makanan di kilang mahupun penyelia wajib patuh kepada peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dan wajib untuk menghadiri kursus tersebut.

Berapakah bayaran yang dikenakan untuk Kursus Pengendalian Makanan? 
Kementerian Kesihatan Malaysia telah menetapkan bayaran sebanyak RM 50.00 seorang untuk mengikuti kursus tersebut samada di syarikat swasta mahupun di PBT.

Kandungan Kursus 
Peserta kursus akan didedahkan dengan pelbagai kandungan menarik dan penuh informasi berpandukan modul yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia selama 3 Jam.

Kursus tersebut akan dibentangkan oleh seorang pelatih pengendali makanan yang telah mengikuti Program latihan pengendali makanan anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia. Modul tersebut terbahagi kepada 4 seksyen iaitu:
    Pengenalan
    Kebersihan Makanan
    Keselamatan Makanan
    Faktor - Faktor Kritikal Keracunan Makanan

Peserta akan didedahkan dengan lebih jelas oleh penceramah yang bertauliah berdasarkan 4 seksyen yang dijelaskan di atas.

Setelah Tamat kursus, peserta layak untuk menerima sijil tamat kursus pengendalian makanan yang dikeluarkan oleh Sekolah Latihan Pengendali Makanan yang menganjurkan kursus tersebut.

Penguatkuasaan, Pemantauan dan Kompaun 
Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Pihak Berkuasa tempatan akan menjalankan pemantauan dan pemeriksaan kesemua premis-premis yang menjalankan perniagaan berasaskan makanan agar peraturan-peraturan kebersihan makanan sentiasa dipatuhi.

Pegawai penguatkuasa mempunyai hak untuk mengeluarkan kompaun kepada mana-mana individu atau syarikat yang didapati tidak patuh kepada peraturan-peraturan tersebut.

Bagi individu yang didapati tidak mempunyai sijil kursus pengendali makanan, kompaun tidak melebihi RM 10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun akan dikenakan.

Hukuman yang sama juga akan diberikan kepada individu yang didapati tidak mengambil pelalian typhoid atau tidak dapat mempamerkan bukti pengambilan pelalian seperti Kad Suntikan atau surat pengesahan oleh doktor yang bertauliah.

sumber
panduan niaga bisnes air balang, air balang, bisnes air balang, resepi air balang,
Demam tifoid/typhoid atau lebih dikenali sebagai demam kepialu di Malaysia merupakan penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang dikenali sebagai Salmonella Enterica atau secara lebih khusus Salmonella Typhii dan sedemikian demam ini dipanggil sempena nama bakteria tersebut.

Penyakit ini boleh didapati di seluruh dunia dan cara penyebarannya adalah melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Jangkitan ini boleh menjejaskan seluruh badan dan merosakkan pelbagai organ-organ. Melainkan dirawat, jangkitan ini boleh membawa kesan yang mengancam nyawa.

Mengikut kajian, risiko kematian oleh penyakit ini adalah sebanyak 10-30%.

Suntikan Pengendali Makanan 
Semua pengendali makanan di Malaysia wajib patuh kepada AKTA MAKANAN 1983 dan AKTA KAWALAN PENYAKIT 1988 yang tertulis:

AKTA MAKANAN 1983 Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009 Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan 31.
(1) Semua pengendali makanan hendaklah diperiksa dari segi kesihatan dan diberi vaksin oleh pengamal perubatan berdaftar.
(2) Mana-mana pengendali makanan yang menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan atau yang disyaki menghidap, atau merupakan pembawa penyakit bawaan makanan hendaklah—
    (a) tidak dibenarkan untuk memasuki premis makanan atau mengendalikan makanan;
    (b) melaporkan dengan segera kepada pihak pengurusan premis makanan berkenaan dengan keadaan kesihatannya; dan
    (c) digantung daripada bekerja di premis makanan sehingga dia disahkan sembuh daripada penyakit dan sihat dari segi perubatan untuk bekerja oleh pengamal perubatan berdaftar sebelum dia dibenarkan untuk memasuki premis makanan itu atau mengendalikan makanan.
 (3) Mana-mana pengendali makanan yang tidak mematuhi subperaturan (1) atau (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun.

Suntikan typhoid di Klinik Kerajaan 
Adalah menjadi tanggungjawab majikan dan pengendali makanan untuk mendapatkan vaksin imunisasi ani-typhoid bagi mengawal penularan penyakit demam kepialu. suntikan typhoid boleh didapat di Klinik kerajaan mahupun agensi-agensi kerajaan yang bekerjasama seperti PBT.

Suntikan Typhoid di Klinik Swasta
Suntikan imunisasi ini juga boleh didapati di klinik-klinik swasta berhampiran namun begitu tidak semua klinik yang menyediakan perkhidmatan ini disebabkan permintaan yang kurang dan keengganan mereka menyimpan stok vaksin yang mempunyai tarikh luput yang singkat. Kadar harga suntikan vaksin ini boleh didapati di klinik swasta pada kadar harga RM 50.00 – RM85.00

sumber
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Ketika post ini ditulis, resepi ini telah menerima sebanyak 32,612 shares, lebih 1,863 komen dan 14,265 respon dari pengguna Facebook.

Bahan-bahan:-
 Air masak
 Buah naga merah
 Buah mangga masak
 Anggur
 Laici tin (sekali air)
 Susu pekat manis
 Ais batu
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Cara-cara menyediakannya:-  
 Semua buah dipotong dadu
 Campurkan semua bahan-bahan
 Masukkan ais batu

kredit resepi: Nur Yushanun Yusof
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Ketika post ini ditulis, resepi ini telah menerima sebanyak 76,376 shares, lebih 2,500 komen dan 6,700 lebih respon dari pengguna Facebook.

Bahan-bahan:-
1 Botol besar air aiskrim soda
1 Tin laici atau longan (ambil buahnya sahaja)
2 Batang serai
Daun pudina
1 Biji lemon
5 Biji asam boi putih
Ketulan ais secukupnya

Cara-cara menyediakannya:-  
Cuci semua bahan hingga bersih
Hiriskan lemon nipis-nipis
Letakkan daun pudina secukupnya
Masukkan lemon yang telah dihiris
Masukkan asam boi putih
Masukkan buah laici/longan
Tuangkan air aiskrim soda secukupnya
Letakkan ketulan ais
Masukkan serai yang telah dititik

kredit resepi: FB: Koleksi Resepi Sedap Unuk Keluarga Tersayang