Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Sunday, 8 July 2018

Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
WARIS juga tidak menolak permintaan peminat yang ingin bergambar dengannya.
KEDATANGAN Ramadan semestinya dinanti-nantikan semua umat Islam sedunia. Selain memperbanyak amal ibadah di bulan mulia ini, ia juga dimanfaatkan dengan cara menambah pendapatan.

Tidak terkecuali golongan selebriti juga antara yang ligat mencari wang sampingan memandangkan karier seni setibanya bulan Ramadan akan diperlahan demi menghormati bulan keberkatan tersebut. 

Bazar Ramadan antara yang menjadi pilihan utama penjual untuk memenuhi permintaan pembeli dalam memilih juadah berbuka puasa untuk dibawa pulang ke rumah.

Pastinya kedatangan pengunjung di bazar Ramadan Subang Bestari, Shah Alam khususnya akan mengenali susuk tubuh jejaka yang terkenal dengan lagu Rembau Most Wanted iaitu Waris yang turut menjaja jualan air minuman di tapak perniagaan berkenaan.

Berniaga pada bulan puasa bukanlah perkara yang asing buat pemilik nama sebenar Muzzammil Alias itu kerana sebelum bergelar artis lagi dia pernah membuka tapak jualan selama sebulan di negeri kelahirannya, Negeri Sembilan.

“Ini merupakan kali pertama saya membuka tapak niaga di bazar Ramadan selepas empat tahun bergelar artis. Kalau sebelum ini, saya akan berniaga di Seremban.

“Sepatutnya tahun ini saya berniaga di Seremban 2 tapi disebabkan tapak peniagaan sementara itu tidak diluluskan, saya dapat rezeki lain untuk buka tapak menjaja di Subang Bestari,” ujarnya membuka bicara.

Waris, 27, menjadikan jualan Air Conteng sebagai penarik buat peminat dan pembeli untuk berhenti di gerai jualanya selain secara tidak langsung dapat mendekati peminat dengan lebih dekat lagi. 

Malah, lebih murni lagi, niatnya untuk berniaga itu juga didorong untuk membantu rakannya dalam memajukan perniagaan yang baharu diusahakan secara kecil-kecilan.

“Air Conteng ini merupakan campuran air soda dan buah-buahan. Secara kebetulan, rakan saya baru membuka kilang kecil menjual air soda jadi saya beli dengan dia dengan niat ingin menolong. 

“Kemudian, keuntungan yang saya dapat daripada hasil menjual itu saya akan minta kawan yang berada di kampung untuk potong rumput. Kebetulan bulan Ramadan tahun ini saya belum ada peluang untuk pulang ke kampung lagi.

“Saya tak naklah niat baik untuk bantu rakan itu disalah tafsir pula. Mana yang boleh dibantu, saya tolong seikhlas hati,” ulasnya menyatakan pendiriannya.

Air Conteng dijual pada harga RM5 sahaja. Murah bukan? Jom, pergi beli!

Terlanjur berbicara tentang perniagaan yang baharu diusahakan sejak 1 Ramadan lalu, Waris turut berkongsi kondisi isterinya, Izzati Amirah Kamaruddin, 27 yang kini hamil lima bulan.

“Puasa tahun ini lebih bermakna sebab kali pertama sambut sebagai suami dan isteri. Malah, insya-Allah bulan Oktober nanti kami akan menyambut anak sulung.

“Memang sangat berbeza, kalau dulu saya akan main mercun dan bunga api waktu kecil dan tak perlu banyak fikir. Tapi bila dah dewasa ini dengan menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bakal jadi ayah tak lama lagi, itu sesuatu yang luar biasa.

“Nak pegang gelaran ayah itu memang bunyinya agak besar. Jadi saya kena bersedia daripada sekaranglah. Ada baiknya juga bila jualan Air Conteng habis awal, sebab malam saya dan isteri dapat solat tarawih bersama dan kami pun ada masa untuk istirahat,” ungkapnya mengakhiri perbualan. 

Acapkali jika peminat bertemu dengan golongan selebriti, pastinya tandatangan di atas sekeping album tidak akan pernah lupa untuk dijadikan kenang-kenangan buat mereka yang sentiasa menyokong perjalanan kerjaya anak seni.

Begitu juga buat Waris, selain melakukan hal yang sama setiap kali ada acara bertemu peminat, tetapi istimewanya pada bazar Ramadan yang diusahakannya itu, Air Conteng dilihamkan khusus buat peminatnya.

“Selalu kalau dengan peminat kita akan bagi autografkan? Tapi kali ini saya bagi tandatangan tapi saya tulis nama pembeli di atas gelas plastik. “

Saya seorang penyanyi rap, jadi tulisan graviti itu sudah sebati dalam jiwa. Jadi saya abadikan lakaran tulisan tersebut berserta nama pembeli yang membeli Air Conteng.

Ramuan air ini terdiri daripada air soda, buah pic, nata de coco dan nanas. Dari proses awal penyediaan bahan hinggalah ke peringkat menjual, saya uruskan seorang diri.

“Saya mula berniaga di Subang Bestari pada hari pertama berpuasa. Pada mulanya saya jangka orang taklah terlalu ramai jadi penyediaan bahan pun tidaklah banyak.

“Alhamdullilah, pukul 6.15 petang Air Conteng dah habis terjual walau baru sehari berniaga. Jadi lepas itu, dari hari ke hari saya akan tambahkan kuantiti botol air soda selepas melihat permintaan yang agak baik daripada pengunjung,” tuturnya yang akan berada di bazar berkenaan seawal pukul 3 petang untuk menyediakan bahan-bahan jualan.

Ketika ditanya, apakah popularitinya sebagai penyanyi juga antara faktor utama jualannya laris, Waris tidak menolak stigma tersebut memandangkan ia sesuatu yang baik dan bukanlah satu tujuan yang buruk.

“Memang betul. Populariti yang saya raih menerusi lagu-lagu rap sebelum ini banyak membantu dalam melariskan jualan Air Conteng. Ada yang datang di gerai saya, tiba-tiba nyanyi kojolobak kojolobu tuai padi tigo tangkai.

“Benda ini satu inisiatif saya nak dekatkan diri dengan peminat jugalah. Daripada kita tak buat apa di rumah bulan puasa ini lebih baik usahakan sesuatu yang mendatangkan hasil.

“Dalam pada saya menjual, kita dapat berbual-bual antara peminat dan artis. Kita ambil tahu juga muzik yang macam mana peminat kita suka dengar sekarang ini.

“Kalau boleh tahun hadapan saya nak teruskan menjual Air Conteng ini atau kalau ada rezeki Tuhan nak bagi, mungkin akan menjadi satu francais seluruh negeri,” katanya penuh azam. - Utusan
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Gambar hiasan
ALOR GAJAH 23 Ogos - Setiap kali tibanya Ramadan, pelbagai hidangan masakan dan kuih-muih tradisional sering menjadi tumpuan orang ramai bagi dijadikan pelengkap hidangan berbuka puasa. 

Namun, bagi seorang pemuda yang baru berusia 22 tahun, Mohd. Khairi Atan, ketibaan Ramadan sentiasa dinantikan kerana pada waktu tersebut dia berpeluang menyediakan jualan pelbagai air minuman kepada pengunjung di Pasar Ramadan Alor Gajah di sini.

Sejak 13 tahun lalu, anak muda dari Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, di sini, berniaga air minuman dengan menawarkan 36 jenis air antaranya jenis air katira, ais batu campur berperisa durian dan cendol pelbagai perisa.

Katanya, dia menuntut ilmu cara menyediakan air minuman tersebut semasa bekerja sebagai pembantu kedai minuman di Johor, Dumai dan Singapura semata-mata mahu menguasai perniagaan tersebut.

Menurut Mohd. Khairi, dia menjual sebungkus air minuman pada harga RM2 dan bekas air pada harga RM1 dengan dibantu kira-kira 15 pekerjanya dan setiap dua orang daripada mereka mengendalikan sebuah balang air untuk dijual kepada orang ramai. - Utusan
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Gerai Air Tangan Mat Moto di Bazar Ramadan Alor Gajah mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan.
Alor Gajah: Memasak lima kawah air berperisa sejak Subuh untuk menyediakan 52 jenis air sehari. Itu rutin pengusaha Air Tangan Mat Moto, Mohd Khairi Atan, 30, setiap kali Ramadan.

Mohd Khairi yang berniaga di Bazar Ramadan Alor Gajah, di sini, berkata, biarpun penat, dia gigih mencari rezeki dengan memasak 125 liter air bagi setiap kawah pada awal pagi sebagai persediaan berniaga di sebelah petang.

Mohd Khairi yang berasal dari Durian Tunggal berkata, antara air yang menjadi tumpuan masyarakat setempat ialah Air Pisang Montel dengan kandungan jeli.

“Air ini baru kami cipta dan mendapat sambutan menggalakkan daripada pelanggan. Antara air yang turut mendapat sambutan ialah air durian, buah naga, sirap bandung soda serta air cendol durian,” katanya.

Menurutnya, bagi melancarkan persiapan dia dibantu empat adiknya dan 24 pekerja.

Mohd Khairi berkata, ketika menyambung perniagaan keluarganya kira-kira 20 tahun lalu, dia bermula dengan 23 jenis air sebelum mencipta air baru melalui pemantauan dan kajian.

“Saya suka melancong dan makan. Dari situ saya mengkaji air yang mendapat perhatian pelancong luar dan sedap.

“Bermula dari situ, saya mendapat idea untuk mencipta air bagi menambah variasi sedia ada.

“Paling banyak, saya pernah menyediakan 79 jenis air pada satu masa ketika Ramadan,” katanya. 

Menurutnya, perniagaan air balang itu diwarisi daripada ibunya.

Katanya, dia memerlukan kira-kira 300 beg ais pada hujung minggu dan 230 pada hari biasa bagi menampung permintaan jualan sepanjang Ramadan.

“Kami membahagikan tugas supaya operasi berjalan lancar.

Ada pekerja menguruskan pengangkutan, memasak air gula, menyusun gerai dan menjaga kebersihan agar pelanggan tidak ragu-ragu dengan produk kami,” katanya. - hmetro
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Deretan balang mengandungi aneka minuman di Bazar Ramadan Kuala Berang ini pastinya menarik perhatian sesiapa sahaja untuk menikmatinya.
KUALA BERANG - Melihat deretan balang aneka minuman pelbagai warna di bazar-bazar Ramadan bukan sekadar mengundang keinginan kanak-kanak untuk menikmatinya tetapi juga semua peringkat umur pengunjung.

Malah, tidak dinafikan ada yang bagaikan menelan air liur tatkala terpandang kepelbagaian air yang kelihatan menarik dengan pelbagai warna dan perisa.

Senario itu juga tidak terkecuali dapat dilihat di Bazar Ramadan Kuala Berang apabila peniaga air balang, Siti Nurul Aida Mohd Sapawi, 23, dari Ajil menawarkan sebanyak 25 jenis minuman yang dijual dengan harga antara RM1 hingga RM3 bergantung kepada saiz bekas air.

Berkongsi cerita, setiap hari dia menggunakan kira-kira 50 beg ais berharga RM2.90 setiap beg serta 36 kilogram gula bagi menyediakan 25 jenis minuman.

Jadual hariannya bermula kira-kira jam 9.30 pagi setiap hari.

“Sekitar jam 2 petang saya tiba di gerai jualan untuk buat persiapan dengan dibantu tiga pekerja terdiri daripada ahli keluarga sendiri kerana jika bersendirian, memang tak sempat memenuhi permintaan pembeli terutamanya ketika waktu puncak sekitar jam 6 petang.

“Saya sudah berniaga air balang di bazar Ramadan ini sejak tiga tahun lalu,” katanya.

Menurutnya, tahun lalu, hanya 20 jenis minuman ditawarkan kepada pengunjung.

“Antara minuman dijual ialah air kelapa, nangka, asam boi, teh bunga, milo ais, sirap laici serta jagung. Aneka minuman ini mempunyai penggemar tersendiri dan sukar dinyatakan minuman mana paling laris kerana semuanya mendapat permintaan.

“Namun, dari segi harga, kebanyakan pembeli gemar membeli minuman yang diletakkan dalam bekas berharga RM3 kerana pastinya isian lebih banyak berbanding bekas berharga RM1 serta RM2. Malah, ada juga yang membeli dalam kuantiti banyak,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Siti Nurul Aida, dia tidak menafikan air minuman pelbagai warna juga menjadi satu daya tarikan kepada pembeli hingga ia terjual ratusan bekas sehari, ditambah pula dengan deretan balang lengkap tertulis jenis minuman.

Katanya lagi, selagi namanya berniaga pasti ada cabaran serta pasang surut termasuk ada jenis-jenis minuman tidak habis dijual.

Namun, baginya itu lumrah dan minuman berkenaan ada kalanya diberikan kepada peniaga lain untuk sama-sama berbuka puasa. - Sinar Harian
Klik gambar untuk panduan Bisnes Air Balang
Antara air yang disaji Zulaimi dalam balang kaca unik pada majlis perkahwinan.
Kuantan: Deretan balang air berwarna-warni persis seperti di majlis perkahwinan menarik perhatian orang ramai yang melalui Jalan Beserah, di sini, malah ada yang berhenti untuk melihatnya dengan lebih dekat.

Warna pelbagai jenis air yang diisi di dalam balang kaca itu bukan saja ‘menggiurkan’ mata, malah boleh dilihat dari jauh.

Justeru, tidak hairanlah gerai milik Zulaimi Ahmad, 46, sentiasa dikunjungi pelanggan. Katanya, dia menjalankan perniagaan menjual air sejak enam bulan lalu menggunakan balang yang sering digunakan dalam majlis perkahwinan sebagai satu kelainan.

“Dengan hanya membuka gerai kecil di tepi jalan, ia lebih mudah kepada pelanggan untuk singgah dan memilih antara lapan hingga 12 jenis perisa air yang saya tawarkan. - hmetro